Translate

Rabu, 16 Julai 2014

PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA



encangss.blogspot.com


PENGENALAN




  • Perlembagaan merupakan undang-undang dan peraturan menjadi salah satu prinsip dalam sesebuah negara. 
  •  Dibentuk selaras dengan kehendak semasa serta memenuhi kehendak dan kemahuan rakyat.
  • Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan yang mengandungi 183 perkara.
  • merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan 1957.




PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK.


PERKARA – PERKARA YANG MENYENTUH HUBUNGAN ETNIK DALAM PERLEMBAGAAN

  • Perkara 8 – Persamaan dan hak sama rata dan pengecualian peruntukan dalam  
             soal agama dan kedudukan istimewa orang melayu.
  • http://cputsungai.blogspot.com/2011/02/oghang-tua-pon-konpius-camaner-pulak.html
    • Perlembagaan Persekutuan menjamin bahawa setiap rakyat akan mendapat perlindungan undang-undang yang sama kecuali diperuntukan oleh Perlembagaan, tiada perbezaan di antara warganegara dari segi kedudukan politik, sosial, pekerjaan dan taraf ekonomi.
    •  Selain itu, rakyat yang tinggal di semua negeri dalam Persekutuan akan mendapat layanan yang sama rata dan kerajaan tidak akan mengutamakan rakyat yang tinggal di sesebuah negeri tertentu sahaja.
    •  Walaupun warganegara Malaysia mengamalkan agama, adat dan keturunan (kaum) yang berbeza, kerajaan tidak akan mengamalkan dasar pemerintahan yang berdasarkan warna kulit (Dasar Apartheid), agama, keturunan atau tempat lahir dan kaum.
  • Perkara 10 (4) – Batasan hak kebebasan bersuara daripada menyentuh kedudukan raja-raja, kedudukan agama islam dan kedudukan orang melayu

    • Di dalam perlembagaan juga, terdapat satu perkara yang disebutkan iaitu hak asasi

    • Di dalam perkara 10 (4)  terdapat dua jenis hak asasi iaitu hak ramai dan hak individu.

    • Suruhanjaya Kebangsaan Hak Asasi Manusia telah ditubuhkan di Malaysia bagi mempromosikan dan memberi perlindungan hak asasi di negara ini.
    • Selepas peristiwa 13 mei 1969, Akta Keselamatan Dalam Negeri telah ditubuhkan untuk menahan seseorang tanpa bicara.
    •  

Unsur-unsur tradisi dalam perlembagaan Malaysia

  • Menjadi faktor utama untuk mewujudkan identiti malaysia dan memupuk persefahaman antara kaum.
  • Unsur tradisi juga merupakan satu kontrak sosial yang telah dipersetujui semasa menggubal Perlembagaan.
  1. Bahasa kebangsaan 
  2. Agama Persekutuan
  3. Kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak
  4. Pemerintahan beraja

1.1 Bahasa Melayu 

  • Disentuh dalam Perlembagaan melalui Perkara 152 yang memperuntukan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.
  • Namun begitu,bahasa lain juga dilindungi.

2.1 Agama Islam

  • Agama Islam adalah agama rasmi bagi Persekutuan.
  • Agama lain juga boleh diamalkan dan dijamin dalam Perlembagaan.
  • Setiap orang mempunyai hak menguruskan hal ehwal agamanya sendiri.
  • Oleh sebab islam diterima sebagai agama bagi persekutuan, pihak kerajaan sama ada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri mempunyai kebebasan, kuasa dan keistimewaan untuk menubuh atau menyelenggarakan atau membantu penubuhan institusi Islam dan melaksanakan ajaran dalam agama Islam serta mengeluarkan perbelanjaan untuk tujuan itu. 
  • kenyataan ini diperkukuhkan dengan beberapa prinsip Islam yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia yang tercatat dalam beberapa fasal lain yang harus dibaca secara bersama dengan Perkara 3(1) iaitu:

1 . Perkara 11 (4)

    •  "Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara orang yang menganuti agama Islam."

2 . Perkara 12 (2)

    • ".....adalah sah bagi persekutuan atau sesuatu negeri menubuhkan atau menyelenggara institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagai mana yang diperlukan bagi maksud itu."

3 . Perkara 121 (1A)

    • "Mahkamah-mahkamah yang disebutkan dalam fasal (1) tidaklah boleh mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidang kuasa mahkamah syariah."

3.1 Kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak.

  • Disentuh dalam Perkara 153.
  • Meliputi  jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan,perniagaan, dan kemudahan khas lain yang diberikan.
  • Kedudukan-kedudukan istimewa lain orang Melayu termasuklah peruntukan Perkara 86 dan 90 berhubung dengan tanah rizab orang Melayu daripada diselenggarakan oleh orang bukan Melayu.
  • Kemasukan perkhidmatan oleh orang Melayu ke dalam Rejimen Askar Melayu, dengan pengecualian orang bukan Melayu, dikuatkuasakan oleh Perkara 8(5) dan dengan demikian boleh juga dianggap sebagai sebahagian daripada kedudukan istimewa orang Melayu (Mohd Salleh Abas, 1985).
  • Dalam Perlembagaan Malaysia(Perkara 160), "Melayu itu ditakrifkan sebagai:
    1. Lazimnya bertutur dalam Bahasa Melayu;
    2. Menganuti agama Islam;dan
    3. Mengamalkan adat istiadat Melayu.
  • Mnakala Bumiputera Sabah dan Sarawak ialah:
    1. Sarawak-Kaum asli:Bukitan, Bidayuh, Dusun, Dayak Laut, Dayak Darat, Kedayan, Kelabit, Kayan, Kenyah, Kajang, Lugat, Lisum, Melayu, Murut, Penan, Sian, Tagal, Tabun, dan Ukit, dan
    2. Sabah-anak atau cucu kepada seseorang daripada suatu kaum asli Sabah dan dia telah dilahirkan di Sabah.

4.1 Pemerintahan Beraja.

  • Telah sedia wujud dalam sistem sosial di negeri-negeri Melayu sejak berabad-abad lamanya.
  • Sistem beraja ini, raja mempunyai kuasa mutlak dalam setiap pemerintahan dan pentadbiran negeri dengan dibantu oleh pembesar-pembesar yang dilantik, khususnya sebelum penjajahan British.
  •  Semasa penjajahan British, kuasa mutlak raja mula terhad iaitu raja mesti menerima nasihat Residen British dalam semua perkara kecuali dalam adat istiadat Melayu dan agama Islam.
  • British memperkenlkan Malayan Union yang turut menghapuskan kuasa Raja-raja Melayu.
  • Kuasa Raja-raja Melayu dikembalikan semula apabila Persekutuan Tanah Melayu diperkenalkan dan mendapat tentangan hebat daripada orang Melayu.
  • Institusi beraja terus dikekalkan di bawah konsep raja berpelembagaan selaras dengan sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia setelah negara mencapai kemerdekaan.

Rasional Perkara 153



  • Perkara utama yang perlu diambil perhatian dan dihayati ialah semasa proses penggubalan Perlembagaan terdapat semangat persefahaman,akomodatif,berkongsi kuasa dan sedia berkorban yang begitu tinggi dalam kalangan orang melayu dan orang bukan melayu.
  • Beberapa cadangan diberi pertimbangan semasa proses penggubalan Perlembagaan dilakukan.
  • Bagi sebuah negara demokrasi,kewarganegaraan amat berharga kerana setiap warganegara mempunyai hak untuk mengundi dalam seetiap pilihan raya bagi menentukan kerajaan yang memerintah.
  • Ianya juga sah di sisi undang-undang
  • Hak kewarganegaraan ini juga meliputi semua hak yang  sah di sisi undang-undang.
  • Hak kewarganegaraan pula merupakan manfaat yang dinikmati serta-merta oleh orang bukan Melayu, sedangkan hak istimewa orang Melayu lama untuk dinikmati manfaatnya.
  • Hal ini jelas apabila jumlah pengundi bukan melayu meningkat daripada 15.6 peratus pada tahun 1995 kepada 43.7 peratus pada tahun 1959.
  • Sebaliknya, jumlah pengundi melayu telah berkurangan daripada 84.2 peratus pada 1955 kepada 56.2 peratus pada 1959 (Suruhanjaya Pilihan Raya 1959)
  • Hak istimewa orang Melayu dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan meliputi jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas yang lain.
  • Perkara 153 tidak boleh dipinda, diubah atau dilucutkan tanpa mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu.

Perkhidmatan Awam

  • Menjadi tanggungjawab Yang Di-Pertuan Agong untuk menentukan rizab bagi bagi orang Melayu dan Bumiputera Sabah  dan Sarawak dengan memperuntukan suatu kadar bilangan jawatan dalam perkhidmatan awam persekutuan yang baginda fikirkan perlu.
  • Namun,beliau tidak boleh melucutkan jawatan awam yang dipegang oleh seseorang.
  • Terdapat rasional yang munasabah bagi merizabkan untuk orang melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak suatu kadar bilangan dalamm perkhidmatan persekutuan kerana pada zaman penjajah dan pada awal kemerdekaan sedikit sangat orang melayu yang bekerja dengan kerajaan.

Ekonomi

  • Terdiri daripada golongan persawah padi, penoreh getah dan nelayan berada dalam kemiskinan (64.8%) berbanding bukan Melayu (26%) pada 1970.
  • Kesan daripada peninggalan pemerintahan penjajah inilah, orang Melayu tertinggal pemerhati di sebalik kegiatan ekonomi dan perubahan yang sedang berlaku di Persekutuan tanah Melayu ketika itu.
  • Jurang pendapatan antara Bumiputera dengan bukan Bumiputera masih lagi tinggi.
  • Oleh itu, orang Melayu masih perlu dibantu dan dibimbing terutamanya dalam melahirkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).

Pendidikan


  • Merujuk kepada bilangan pelajar peringkat ijazah pertama di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dalam negara pada tahun 1970 bagi bumiputera ialah 40.2%(3084 pelajar),berbanding bukan bumiputera iaitu 56.2%(4311 pelajar) .
  • Keadaan ini tidak begitu baik dalam konteks hubungan etnik di Malaysia kerana terdapat jurang perbezaan golongan profesional antara etnik.
  • Jika diteliti sehingga sekarang, Perkara 153 masih perlu diteruskan ke arah mencapai matlamat yang dikehendaki.
Rasional Perkara 152

  • Para pemimpin negara menyedari bahawa perlu diwujudkan bahasa kebangsaan sebagai wadah komunikasi atau bahasa pertuturan umum dan bahasa rasmi negara bagi menyatupadukan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum.
  • Bahasa Melayu diterima sebagai bahasa kebbangsaan dalam Perkara 152 Perlembagaan Malaysia.
  • Bahasa Melayu menjadi lingua franca di Nusantara sejak berabad lamanya.

Rasional Perkara 3

  • Islam sebagai agama Persekutuan dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Malaysia juga tidak membimbangkan kaum lain kerana kebebasan beragama dijamin dalam Perlembagaan.
  • Islam dipilih sebagai agama rasmi kerana telah bertapak lebiih 600 tahun lampau dan banyak mempengaruhi cara hidup dan pemikiran orang Melayu sehingga sekarang berbanding agama lain.
  • Islam juga diterima sebagai agama Persekutuan kerana sesuai dengan takrif "melayu" seperti didefinisikan dalam Perkara 160 Perlembagaan Malaysia.

Kesimpulan


  • Setiap rakyat Malaysia perlu dan wajar membudayakan semangat perpaduan dan integrasi demi kesinambungan perpaduan yang sedia wujud..
  • Kita juga perlu mengambil iktibar daripada perngorbanan yang telah ditunjukkan oleh generasi terdahulu dalam menghayati erti sedia berkorban, berakamodatif dan rela berkongsi kuasa.
  • Kontrak sosial telah diterima oleh majoriti rakyat Malaysia danpara pemimpinnya sebagai satu kenyataan sejarah.
  • Menghormati hak dan kepentingan setiap golongan etnik di Malaysia seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia sangat perlu dihayati bersama agar dapat menghindarkan konflik yang wujud.